Sifat adil adalah satu sifat terpuji dan merupakan dasar yang dibawa
oleh Islam. Bermula daripada situlah,� Islam memerintahkan kepada setiap
Muslim untuk berlaku adil terhadap diri sendiri, iaitu dengan
menyeimbangkan antara haknya dan hak Tuhannya serta juga hak-hak
orang lain.
Allah telah menurunkan rasulNya dan kitabNya semata-mata untuk menerapkan keadilan di muka bumi ini. Sepertimana firmanNya:
“Sesungguhnya
Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti
yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan
neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.” (Al Hadid: 25)
Bertitik
tolak daripada sini, pernahkan persoalan ini timbul. Adakah kita telah
berlaku adil terhadap anak-anak kita? Cuba renungkan…
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. “
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
- Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
- Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
- Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
- Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim).
No comments:
Post a Comment