1) Orang-orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan mendapat
rahmat dan aman daripada segala azab kubur, perkara ini telah dijelaskan
oleh
Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, dia akan dicop dengan cop iman dan terpelihara daripada siksa kubur.” (HR Al-Baihaqi)
2)
Rasulullah SAW juga mengkhabarkan bahawa ganjaran pahala yang besar
kepada orang-orang yang pergi berjemaah ke masjid termasuk untuk
menunaikan sembahyang Jumaat melalui sabda Baginda yang maksudnya:
“Apabila
seseorang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya kemudian dia keluar
(pergi) ke masjid, dia tidak keluar kecuali untuk menunaikan sembahyang,
tidak dia melangkah satu langkah kecuali ditinggikan satu darjat
baginya dan dihapuskan baginya satu kesalahan, apabila dia bersembahyang
Malaikat sentiasa memohonkan rahmat ke atasnya selama mana dia masih di
tempat sembahyang dan belum berhadas, Malaikat memohonkan: Wahai Allah
berilah rahmat ke atasnya, wahai Allah sayangilah dia!” (HR Al-Bukhari)
Dalam
hadis ini mengandungi beberapa perkara yang penting. Pertama ganjaran
pahala yang besar akan diperolehi oleh orang-orang yang pergi berjemaah
di masjid dengan sedia berwuduk lalu pergi ke masjid untuk
bersembahyang. Maka setiap langkahnya akan dikira sebagai penghapus
dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya. Para Malaikat juga sentiasa
memohonkan keampunan dan rahmat kepada orang-orang sedemikian. Kedua,
orang yang berwuduk di rumah itu menggambarkan bahawa mereka sentiasa
menjaga ketepatan waktu sembahyang serta dalam keadaan suci kerana telah
bersedia lebih awal lagi. Oleh yang demikian hari Jumaat adalah hari
yang mengandungi banyak kelebihan dan kebesaran yang diberikan oleh
Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.
HADIR JUMAAT LEBIH AWAL
Sesungguhnya
kita dituntut agar menepati waktu sembahyang dan dilarang
melengahkannya. Ini kerana bukan sahaja menepati waktu sembahyang itu
merupakan tuntutan agama malahan orang yang menepati waktu sembahyang
itu akan mendapat ganjaran yang besar. Hal ini disabdakan oleh
Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Orang-orang
yang bersembahyang pada waktunya dan menyempurnakan wuduknya,
menyempurnakan (tegak) berdirinya, menyempurnakan khusyu’nya, rukuknya
dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan
putih dan cemerlang. Sembahyang itupun berkata: “Semoga Allah menjaga
dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (memperelokkan kelakuan sembahyang
itu)”. Tetapi sesiapa yang bersembahyang tidak dalam waktunya yang
ditentukan dan tidak pula memperelokkan wuduknya, khusyu’nya, rukuknya
dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan
hitam legam sambil berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu
sebagaimana engkau mensia-siakan aku”. Sehinggakan setelah sembahyang
itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, lalu
iapun dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak-koyak kemudian
dipukulkanlah ke mukanya.” (HR At-Thabrani)
Oleh
itu berusahalah untuk datang awal ke masjid pada hari Jumaat itu dan
ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid hendaklah dengan khusyu’ dan
merendah diri. Apabila sampai di masjid, jangan lupa berniat iktikaf
ketika hendak masuk ke masjid. Dengan datang awal itu juga kita
berkesempatan melakukan perkara-perkara sunat yang lain seperti
sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid, membaca Al-Quran, beristighfar,
berzikir dan berdoa, kerana pada hari Jumaat itu mempunyai kelebihan dan
kebesaran yang banyak dan ganjaran yang berlipat ganda.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila
datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat
orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di
atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang
untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke
masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban)
seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti
menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam,
kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur.” (HR Muslim)
Berdasarkan
hadis-hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa orang yang
menghadirkan diri ke masjid lebih awal pada hari Jumaat adalah sangat
dituntut dan mempunyai ganjaran dan balasan yang besar. Sembahyang tepat
pada waktunya juga dianggap sebagai memelihara sembahyang kerana jika
dilengahkan waktu sembahyang tersebut, kemungkinan akan tertinggal atau
terlepas waktu yang ditentukan itu. Malah Allah SWT juga telah
menjelaskan bahawa antara sifat-sifat orang yang mendapat kebahagiaan
itu ialah orang-orang yang tetap mengerjakan sembahyang pada waktunya
dengan cara yang sempurna.
FirmanNya: “Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.” (QS Al-Mukminun:9)
Kesimpulannya,
sembahyang dengan khusyu’ dan tawadhuk serta menjaga dan memelihara
waktu adalah satu kewajipan. Maka adalah disunatkan kepada orang yang
wajib atasnya sembahyang Jumaat supaya menghadirkan diri lebih awal ke
masjid bagi mengelak daripada terlepas pahala atau fadhilat datang awal
ke masjid seperti mana maksud hadis di atas. Lambat hadir yang
mendatangkan kerugian itu termasuklah hadir setelah imam naik ke atas
mimbar untuk membaca khutbah sebagaimana telah diceritakan dalam hadis
di atas.
Ini bererti para Malaikat yang khusus bertugas mencatat
kelebihan hadir awal ke masjid pada hari Jumaat itu menghentikan
catatannya kerana hendak sama-sama mendengar khutbah. Orang yang
sedemikian hanya akan tersenarai dalam orang-orang yang hadir
Jumaat sahaja, tetapi tidak tersenarai dari orang-orang yang mendapat
kelebihan yang seolah-olah berkorban seekor unta atau sapi seperti yang
disebut dalam hadis di atas. Ulama Syafie juga sepakat mengatakan bahawa
sunat (mustahab) menghadirkan diri lebih awal ke masjid pada hari
Jumaat.
No comments:
Post a Comment