Bila Imam Mahdi keluar?
Menurut Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wasallam, salah satu tandanya adalah kematian atau pembunuhan seorang
khalifah. Namun sekarang sudah tidak ada khalifah. Menurut saya,
khalifah yang dimaksudkan adalah seorang pemimpin negeri Muslim yang
sangat nyata. Amin Muhammad Jamaluddin, seorang penulis asal Mesir yang
menulis buku “Umur Umat Islam”, menafsirkannya sebagai pemimpin Kerajaan
Arab Saudi. Kalau memang benar seperti itu, bererti sudah dekat.
Menurut hadis tersebut, kelak Al-Mahdi
akan muncul lalu di-baiat oleh sekumpulan pemuda di Kaabah. Penguasa
semenanjung Arab akan terus menghantar pasukan untuk menangkap para
pemuda itu. Tetapi pasukan itu akan dibenamkan ke bumi oleh Allah,
kecuali dua orang saja.
Dua orang tersebut sengaja diselamatkan
agar mereka boleh menceritakan kepada awam bahawa rakan-rakan mereka
telah tenggelam ditelan Bumi. Begitu khabar ini tersiar, semua Mukmin
yang faham hadis-hadis sahih tentang kemunculan Al-Mahdi akan sedar
bahawa Imam Mahdi telah muncul. Mereka akan berbondong-bondong untuk
ber-baiat.
Bagaimana bila dihubungkan dengan umur umat Islam?
Menurut Amin Muhammad Jamaluddin, ketika
dia menafsirkan beberapa hadis mengenai umur umat Yahudi, Kristian, dan
Islam, diisyaratkan bahawa umur umat Islam ialah 1500 tahun. Sekarang
sudah 1424 Hijriah [tulisan ini dibuat pada 2003], jadi tinggal 76 tahun
lagi. Itu belum dipotong waktu perjuangan Rasulullah shallallaahu
‘alaihi wasallam ketika di Mekah, yang memakan masa 13 tahun. Jadi umur
ummat Islam tinggal sekitar 63 tahun. [Bererti sekarang tinggal sekitar
54 tahun].
Bila masa kekhalifahan di akhir zaman
yang menurut hadis akan berlangsung selama 40 tahun terjadi pada masa
damai, maka huru-hara besar itu akan terjadi dalam kurun waktu kurang
dari 23 tahun ke depan ini [sekarang bererti kurang dari 14 tahun ke
depan]. Kemunculan khilafah akan didahului oleh terjadinya huru-hara dan
kaum Muslim akan di bawah pimpinan Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi juga akan ditandai
dengan munculnya komet. Menurut yang saya tahu dari para astronomi,
komet akan muncul pada 2022. Jadi kalau saat itu Imam Mahdi muncul, maka
perhitungan itu menjadi sangat mungkin. Atau boleh jadi kemunculan Imam
Mahdi justeru akan lebih cepat dari itu.
Apa ciri-ciri khusus Imam Mahdi?
Menurut Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wasallam, namanya seperti nama Rasulullah shallallaahu’ alaihi wasallam
dan nama ayahnya pun sama dengan nama ayah Rasulullah shallallaahu
‘alaihi wasallam. Bicaranya kurang lancar, sehingga kalau bicara harus
menepuk pahanya dulu. Apakah itu bererti dia gagap? Wallahu’alam.
Berapa usia Imam Mahdi ketika muncul?
Usia Imam Mahdi adalah seusia ketika
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pertama kali berperang.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pertama kali berperang di
Perang Badar di usia 55 tahun.
Apakah itu bererti sebenarnya Imam Mahdi sudah ada?
Ya, sudah ada, tapi oleh Allah belum
dimunculkan. Sekarang kita tidak tahu Imam Mahdi itu siapa. Dan hal itu
bukan hal aneh, kerana memang ia akan muncul mendadak.
Bukankah sudah ada beberapa orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi?
Tidak boleh. Imam Mahdi di-baiat oleh
313 pemuda di Kaabah. Jumlah itu sama dengan jumlah pasukan ketika
Perang Badar. Baiatnya terbuka meskipun sebenarnya Imam Mahdi enggan
dijadikan pemimpin. Bila ada yang mengaku-ngaku Imam Mahdi, maka itu
adalah penipuan.
Apakah kelak Imam Mahdi akan memimpin kekhalifahan Islam?
Ya. Sebelum itu ia akan memimpin
beberapa peperangan untuk meruntuhkan The New World Order ini. Perang
meruntuhkan maalikan jabariyan ini bertujuan untuk mewujudkan The Next
World Order.
Bagaimana dengan perang Akhir zaman?
Ada empat perang besar. Pertama, perang
melawan penguasa semenanjung Arab. Kaum Muslim menang. Kedua adalah
perang melawan penguasa zalim parsi, Muslim juga menang. Perang
selanjutnya adalah melawan Rome atau Eropah, dan menang juga. Ke empat
adalah perang melawan Dajjal dan 70,000 tentera Yahudi.
No comments:
Post a Comment