Welcome

Sunday, 26 June 2011

Anak tidak gemar sayur

Mengenai anak tak makan sayur,jagan dikomplin kalau anak tak makan sayur,ala senang kata tengok diri kita sendiri sebagai ibu bapanya,gemar makan sayur tak?kalau tak,tak leh nak cakap ape la kalau anak pun tak makan sayur. Macam mana nak tarik anak supaya suka makan sayur???? 

1. Anda terlebih dahulu kena jadi contoh. Barulah anak dapat mengikutnya. Bukan hanya memaksa anak makan sayur tetapi anda dan ahli keluarga lain langsung tidak makan sayur.(kan saya dah cakap tadi)....

2. Sayur-sayuran yang anda beri pada anak mestilah dihidangkan dengan cara yang kreatif dan dapat menarik perhatiannya. Bukan hanya letakkan sayur tersebut dalam pinggan dan suruh anak makan. 

3. Pelbagaikan masakan untuk sayur yang ingin diberikan kepada anak. Bukan hanya mengikut selera anda. Jika semalam sayur digoreng, apa kata jika hari ini sayur tersebut dibuat sup dan esok sayur di gril. Tentu anda lebih berselera dan teruja untuk makan sayur. 

4. Sekali-sekala ajar anak makan snek sayur-sayuran mentah seperti timun, lobak dan sengkuang yang dicecahkan ke dalam sos kesukaan mereka. 

5. Jika anak anda memang sukar menelan sayur, cuba hidangkan kepadanya krim sup sayur-sayuran. Agar anak tidak perasan ada sayur-sayurannya dalam sup tersebut, kisar halus sup yang telah siap dimasak dan makanlah bersama roti bawang putih. 

6. Anda juga disarankan agar mengajak anak bersama-sama memilih sayur-sayur ketika membelinya di pasar atau pasar raya. Kemudian, ajak juga anak turut serta memasak sayur tersebut. Jangan lupa tanya pendapat anda tentang jenis masakan yang dia gemari untuk sayur-sayuran tersebut. 

7. Tidak salah jika anda membenarkan anak bermain-main dengan sayur-sayuran yang anda beli agar dia kenal sayur-sayuran tersebut dan teruja untuk menikmatinya. 

8. Jangan terlalu memaksa anak makan sayur-sayuran sebaliknya pujuk dia makan sedikit demi sedikit. Pada masa yang sama, beritahu dia tentang khasiat yang terkandung dalam sayur tersebut. 

9. Jika anak sukakan pastri tetapi tidak suka makan sayur-sayuran, apa kata jika anda buatkan pastri berasaskan sayur-sayuran untuk mereka. Contohnya, kek lobak merah, tat sayuran campur dan roti bayam. 

10. Selain makanan, sayur-sayuran juga boleh dibuat jus. Gunakanlah kreativiti anda untuk mencipta jus buah-buahan yang enak dan sesuai dengan selera anak. 

11. Sekiranya anak anda suka makan aiskrim, buatkanlah mereka ais krim sayur-sayuran yang dicampurkan dengan buah-buahan yang sesuai. Tapi, pastikan air krim tersebut sedap dan tidak ada langsung rasa sayur. 

12. Anda juga digalakkan menyediakan hidangan sayuran pelbagai warna kepada anak-anak agar mereka seronok melihatnya dan rasa bersemangat untuk menikmati hidangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Biodinar

www.biodinar.com/Layina Borang Pendaftaran KeAhlian BioDinar www.biodinar.com/Layina