Welcome

Sunday 26 June 2011

Cara Merawat Alergik

Merawat alergi?

Kadangkala antihistamin dan steroid digunakan untuk merawat alergi di kalangan bayi dan kanak-kanak, namun, cara yang paling mudah untuk menyembuhkan penyakit ini ialah dengan menghapuskan puncanya. Antara bahan yang berpotensi untuk menyebabkan alergi adalah asap tembakau, bantal diperbuat bulu itik, minyak wangi, bulu haiwan peliharaan, kutu habuk dan (pada musim sejuk) selimut kain wol. Koleksi patung lembut anak anda harus dibasuh dengan kerap, sebab ia amat kuat menarik kutu-habuk.

Sekiranya anak anda alergik kepada alergen di udara, jangan beri dia keluar rumah semasa jerebu tebal dan semasa angin bertiup kencang; mandikan dia dengan kerap dan elakkan daripada membuka pintu pada hari-hari angin kencang. Jika ekzema merupakan masalah, tanya pakar pediatrik anda sama ada dia boleh memberi preskripsi untuk krim pelembab yang mengandungi emolien dan pengganti sabun. Kadangkala, steroid digunakan untuk meredakan simptom.

Haiwan peliharaan yang boleh menyebabkan reaksi alergik, harus dibiarkan di luar, atau dihadkan kepada tempat-tempat tertentu saja di dalam rumah. Walaupun menyedihkan, anda mungkin terpaksa menyerahkan haiwan peliharaan anda kepada orang lain.

Seberapa boleh, pastikan bilik bayi anda itu tidak berhabuk. Cucilah dengan kerap supaya habuk amat minima, walaupun bukanlah habuk sendiri yang berbahaya tetapi kutu habuk. Kutu habuk, satu rumpun dengan labah-labah, adalah organisma yang mikroskopik, yang boleh tumbuh dengan pesat atas kulit manusia yang bersisik, dan mengeluarkan allergen. Walaupun anda tidak mungkin mengatasi masalah habuk sepenuhnya, satu cara yang efektif ialah dengan selalu membuka tingkap dan terdapat juga beberapa strategi lain untuk menangani kutu habuk. Ini termasuklah:

• Angkat karpet dan alaskan lantai papan dengan hamparan.

• Basuh semua cadar dan selimut dengan air panas.

• Gunakan mop yang basah dan bukan pembersih vakum, sebabnya ada antara vakum yang menaikkan habuk. Anda boleh juga membeli pembersih vakum berefisiensi tinggi yang dipasang dengan penapis halus (HEPA) yang boleh memperangkapkan kutu habuk dan alergen-alergen lain.

No comments:

Post a Comment

Biodinar

www.biodinar.com/Layina Borang Pendaftaran KeAhlian BioDinar www.biodinar.com/Layina