Welcome

Monday, 27 June 2011

Cara Merawat Cirit-Birit

Bagaimana merawat cirit-birit?

Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum. Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk).


Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius. 

Peringatan,selagi bayi tidak muntah-muntah dengan banyak,anda masih boleh memberikannya makanan pepejal.  Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi memastikan dia mahu minum untuk mengelakkan penyahhidratan.

No comments:

Post a Comment

Biodinar

www.biodinar.com/Layina Borang Pendaftaran KeAhlian BioDinar www.biodinar.com/Layina