Welcome

Sunday 26 June 2011

Keracunan Makanan

Anak keracunan makanan kenapa ye?mestilah pasal salah bagi makan. Mungkin bagi makanan yang dah tercemar,yang terdedah dengan habuk dan banyak lagi la...

Makanan Yang mudah tercemar :
• Produk Tenusu
• Masakan bersantan
• Makanan Laut Bercengkerang seperti kerang dan kupang
• Daging lembu, ayam dan ikan
• Makanan dalam tin yang sudah kemik
• Roti

Tanda Keracunan : 
~ Muntah-muntah
~ Sakit Perut 
~ Cirik-birit
Punca utama :
memakan makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria berbahaya, bahan kimia atau benda sing. Diakui, ramai tidak menyedari bahawa di sekeliling kita ada berjuta bakteria yang boleh mengganggu kesihatan manusia. Cuma, kewujudan bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar lalu dipandang remeh. Akibatnya, ramai yang menjadi mangsa termasuklah kanak-kanak. Sedarkah anda bahawa ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda beri anak makan mungkin mengandungi bakteria atau bahan kimia yang berbahaya. Jadi, dengan tepatnya, keracunan makanan yang dialami oleh kanak-kanak sebahagian besarnya berpunca daripada kecuaian ibu bapa sendiri. Untuk mengatasinya, ibu bapa perlulah berilmu. Keracunan boleh dielakkan jika makanan yang ingin dihidangkan kepada keluarga disediakan dengan sempurna dan dijaga kebersihannya.

Untuk pengetahuan, bakteria yang biasa menyebabkan keracunan makanan ialah E-Coli, Salmonella, Shigella dan Staphylococci. Bakteria-bakteria ini memang ada dalam daging mentah, produk tenusu, ikan dan telur. 

Keracunan makanan mula dirasai apabila berlakunya radang pada perut dan usus setelah memakan makanan tercemar. Biasanya, gejala ini muncul selepas tiga hingga 24 jam mengambil makanan tercemar itu. Walaupun masalah ini dianggap biasa, pada kanak-kanak, keracunan makanan merupakan masalah serius dan jika tidak dirawat boleh membawa maut.

Di Malaysia, kebanyakan kes keracunan makanan berpunca daripada makanan yang telah dijangkiti bakteria, virus dan parasit. Bakteria-bakteria ini kemudiannya akan mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan keradangan kepada usus. Proses penyediaan makanan yang tidak bersih sering menjadi punca keracunan makanan Agar makanan yang anda sediakan untuk anak sentiasa bersih, ikutilah panduan berikut:

1. Utamakan kebersihan
Pastikan semua peralatan memasak yang ingin digunakan berada dalam keadaan bersih. Basuh bahan-bahan mentah dengan sempurna agar tidak ada lagi kekotoran pada bahan tersebut. Pastikan juga tangan anda bersih sebelum memulakan tugas memasak. Jika tangan anda luka, jangan sesekali sediakan makanan tanpa membalutnya terlebih dahulu. Semasa memasak, pastikan makanan anda benar-benar masak dan mendidih agar bakteria yang mungkin ada padanya mati.

2. Hidangkan segera
Selepas memasak, segera makan hidangan tersebut bagi mengelakkannya menjadi basi. Elakkan daripada membiarkan makanan yang telah anda masak pada suhu bilik lebih daripada dua jam. Pastikan juga makanan tidak terdedah bagi mengelakkannya dicemari benda sing yang boleh membahayakan. Anda dinasihatkan agar tidak memberi anak makan makanan yang sudah dimasak lebih daripada dua hari.

3. Simpan makanan dengan sempurna
Semasa menyimpan makanan di dalam peti sejuk, asingkan makanan mentah dengan makanan yang telah siap dimasak bagi mengelakkan dijangkiti bakteria.

4. Panaskan dengan sempurna
Masukkan makanan yang telah dimasak awal ke dalam peti sejuk dan sekiranya ingin dimakan, panaskan kembali dengan sempurna. Ketahuilah bahawa bakteria Salmonella membiak dalam makanan suam tetapi akan mati pada suhu yang tinggi.

5. Masak dengan sempurna
Jika ingin hidangkan makanan sejuk beku kepada anak, pastikan makanan tersebut telah di nyah bekukan sepenuhnya sebelum dimasak terutamanya bagi makanan yang mengandungi daging. Semasa memasak pula, pastikan daging tersebut telah masak dengan sempurna sebelum dihidangkan.

6. Peti sejuk
Pastikan peti sejuk anda bersuhu kurang daripada 4°C dan 0°C untuk peti dingin beku. Untuk pengetahuan, suhu sejuk tidak membunuh bakteria tetapi menghalangnya daripada membiak. Oleh yang demikian, pastikan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk ditutup dengan sempurna bagi mengelakkan makanan lain dijangkiti.

7. Lihat tarikh luput
Jangan sesekali beri keluarga anda makan makanan yang sudah luput tarikhnya atau yang sudah berkulat.

Anak keracunan makanan?
APA YANG BOLEH DILAKUKAN?

1. Jangan beri anak makan makanan pejal selagi dia belum berhenti muntah.

2. Beri anak minum air kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi mengelakkan dia dehidrat.

3. Sekiranya anak tidak suka minum air, anda boleh juga beri anak makan buah tembikai.

4. Jika anak sudah berhenti muntah, beri dia makan makanan yang mudah dihadamkan seperti nasi, gandum, kentang, roti dan bijirin.

5. Anda juga boleh beri anak makanan lembut seperti dadih dan jeli.

6. Pada masa yang sama, imbas kembali makanan yang anak anda ambil dalam tempoh 24 jam sebelum dia mengalami keracunan.

7. Buang semua makanan yang dirasakan berpotensi menyebabkan keracunan seperti daging, ikan, produk tenusu dan roti.

No comments:

Post a Comment

Biodinar

www.biodinar.com/Layina Borang Pendaftaran KeAhlian BioDinar www.biodinar.com/Layina