Welcome

Sunday, 26 June 2011

Cirit-Birit

Bagaimana  bayi boleh mendapat cirit-birit?

Ramai ibubapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari.

Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik saja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku sebab apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari sahaja. Pergerakan usus bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari selalunya dan najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas bulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi anda) -- pada kadar yang kerap sebanyak satu pergerakan usus setiap kali dia menyusu -- atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badannya menurun, ini mungkin cirit-birit, jadi berjumpalah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

No comments:

Post a Comment

Biodinar

www.biodinar.com/Layina Borang Pendaftaran KeAhlian BioDinar www.biodinar.com/Layina